BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 30 Disember 2009

TRAGEDI DI PUSAT PERABUT

hari yang sungguh malang bagiku.nak beli lain lain yang di lihat.pergaduhan antara pekerja yang jujur dan yang tak puas hati bila ditegur agaknya la.aku tak taula napa pekerja myanmar dan bangla ni begaduh tapi hal ni berlaku didepan mata ku ni.sungguh terkejut aku anak beranak.sampai laki aku pun tak tau nak buat apa.aku hanya tepegun melihat di tangga.anak2 da mula menangis.Tauke wanita da tel. tauke lelaki sampai nak bawak polis.Kalau nak berkerja kat tempat org buatla cara kerja ini tak buat orang takut lak.last sekali aku tak jadi beli perabut kat tempat tu.blah terus....cari tempat lain.lepas tu lak kami pi klinik sebab mataku ni tak baik lg, jumpa lak pekerja yg gaduh td. tanya dia napa rupanya pekerja mynmar tak puas ati sebab dia tinggal barang dan pekerja bangla tegur barang tetinggal.tula punca pegaduhan tu..akhir sekali pekerja bangla digigit kat perut sampai kulit terkopek dan muka bengkak.pekerja mynmar pulak muka bengkak dan aku tak tau lak cerita belah dia...yang pasti kami tak cedera.taubat aku tak nak masuk lg kedai tu.....dalam hal ni bila orang da tolong buatla cara nak berterima kasih tp bala yg dapat..harap rakyat malaysia janganla berperangai cam tu..berbudi bahasa kan amalan kita tegur cara baik jangan gaduh2.semua orang pasti gembira.........

Rabu, 23 Disember 2009

SAKITNYA MATA KU.............

sakitnya mata ku ini.rasanya nak tercabut.Kalu la mata ini blh di cabut seketika dan dah baik baru blh pasang balik kan nikmatnya.Tapi cam na nak lihat bila mata ni da cabut.entahla sabor je la.Tula asyik intai orang je tu yang kena.Semua penyakit dari allah.alhamdulillah.......tp hu hu hu waaaaaaaa..............

Selasa, 15 Disember 2009

nur kasih

nur kasih

Ahad, 13 Disember 2009

berkelah di air terjun serendah

wah seronok sungguh ujung minggu lalu.Berkelah kami di air terjun serendah.Maklumlah cuti sekolah.Ni la masanya kita bergumbira sambil main air.seronok..seronok...seronok.....sambil tu mari kita main masak-masak di sini. budak yang nakal.Diam2 ada banyak yang di pikirkan

jembatan


konon-konon ikan duyunglah.tak sejuk ke????

time makan dan main masak2.semua orang tengah kebulor.belek jangan tak belek ayam tu kalu tak angus nanti



adusss..time main air. tak sejuk ke korang ni,padahal semalam baru aje ujan.



muka baru bangun tido.posing jangan tak posing.

Masa ni memang seronok sangat release tension aku.kalu tak asyik terperuk aje kat umah.sekali sekala kalu begini lapang dada ini.anyway semua orang tengah enjoy.....HAPPY..HAPPY...HAPPY.......SELAMANYA.....

Rabu, 25 November 2009

SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA.SALAM BUAT SEMUA.Tak de nak tulis lagi otak da jem sebab nak balik kpg.moga selamat semuanya

Ahad, 22 November 2009

hai cuti sekolah da mula

hai seronok sungguh cuti sekolah da bermula.Tak le aku penat nak iron baju bebanyak dan tekejar-kejar waktu.nak cakap pasal masa memang tak cukup...Masa sentiasa mengejar kita.Apa-apa hal pun seronok cuti da mula aku ada penolong nak buat keja umah...SELAMAT BERCUTI BUAT ANDA SEMUA...

Khamis, 5 November 2009

Games at Miniclip.com - HangarooHangaroo

Guess the hidden phrase to complete a level.

Play this free game now!!

ni la cara-cara nak makan coklat ganas...

wah..wah...wah seronok betul bila dpt menjilat coklat sampai dlm periuk.Bukan main semangat lg sampai tak pandang kanan kiri.Ni kalau mak metua lalu mesti...................... anak sapalah ni yang sampai menjilat spatula


korek jangan tak korek


sampai tepi periuk ko kejakan




udah-udahla nak nanti kita buat lagi ya..Tak kemana coklat tu ada kat dapur tu.sabo ya....


Sekian.......

Rabu, 4 November 2009

tanah runtuh

Ni la tanah runtuh tu yang sampai masuk berita.Membuatkan jalan sentiasa jem.Bayangkan dari selayang ke tempat ni memakan masa lebih kurang 1jam.Cam nala penduduk yg duduk dekat situ mesti berdebar2.




Ni jela yg sempat diupload.Nak upload bebanyak tenet pun cam tanah runtuh jugak...Geram sungguh aku....


Selasa, 3 November 2009

tak tau nak cerita apa

sebelum ada blog bekobar2 nak cerita macam2.Ingatkan ada masa nak layari tenet tp nanti aku cari masa la....
buat masa sekarang aku tengah konfius ngan tenet ni jap ada jap tak de..nanti kena tlpn ni pusat perkhidmatan tel...
walau pun aku bayar cuma rm68 sebulan tp tak sepatutnya jd cam ni...
sabo ajela....
tunggu

Khamis, 29 Oktober 2009

jalan di taman mainan

sedapnya mamam ais krim ni

agaknya ular ni ori atau tiruan.Cantik sungguh warnanya.
Jalan-jalan di taman mainan ni terserempak lak ngan minatang ni. Kagum sungguh.Sian sungguh ngan cik cicak ni

Selasa, 6 Oktober 2009

Cik tenet buat hal...............


Aduh napa ni cik tenet ni asyik buka je problem aje.Asyik sangkut-sangkut je.Penatnya tunggu... Sejak raya ni ada je yg tak kena ngan tenet ni.Kan letak dlm stor kang.....Nak nak salahkan siapa ni.Aku ke sebagai pengguna atau line yg tak clear........Jadi aku cam ni la tunggu..........

Ahad, 27 September 2009

selamat hari raya

Da seminggu beraya.Seronoknya balik kampung.Makan macam2 perut pun mula la meragam.Habis bekotak2 pil pocai aku telan tapi tak juga baik.Habisnya jumpa doktor.Dapat ubat sakit perut dan jaga makan.Almaklum musim raya ni semua nak makan.Tak leh tengok mesti nak telan badan pun mcm di pam2 mcm belon.Yang tak tahan anak2 pun sama juga badan cam aku juga.Lepas ni nak kena exersice pulak.Tkut beb kena penyakit mcm2.
Okla ari da pun gelap mata ku da layu nak tido.....Wasalam...............

Isnin, 7 September 2009

MASA UNTUK KUIH RAYA

Penatnya ari ni buat kuih raya....Bila nak buat mesti ada spare untuk anak2 dulu klu tak kuih utk raya tak de ,cam tula ada anak.Walaupun da pesan utk raya nanti.......Masih juga di makan sampai abih.Tulah anak-anak...sedang membesar layan ajela.
Nak update blog sendiri pun tgh merangkak-rangkak.Nak cari masa mengupdate pun ....hai bilala nak ada masa.Bulan puasa ni sentiasa aje sibuk................
Bila kemas sana , sini pulak sepah.bila sini da cantik,,sana pulak sepah penatnya,, di bulan puasa sentiasa mengugat keimanan ku....Hendaknya kalu si budak yang baru balik dr sekolah mesti tak reti nak letak beg di tempat yang sepatutnya...Poning ..poning kepala ku ini.

Rabu, 2 September 2009

nak masak apa?

nak masak apa ya??????????

pening kepala ni nak beli kat pasar ramadan malasnya nak keluar.Nak masak ........masak apa lak.Kena belek2 buku resepi ni dan selongkar peti ais apa yg ada.Ada 2 minggu lagi nak raya.Cepat sungguh masa berlalu tak sedar tempahan belum siap lagi.Kena buat juga ni kang ada orang yang marah tak berayalah orang tu.Kena buang 'CIK M' NI..............CEPAT CEPAT nanti dia datang

Rabu, 26 Ogos 2009

Puasa

Masuk hari kelima aku berposa.............................Letih bro.....

Jumaat, 14 Ogos 2009

GINILAH JADI SEORANG SURI.........


Penatnya jadi seorang suri.Sentiasa busy ngan kerja umah dan mcm2 hal lg.Poning kepalo den.Duit pulak kureng.Cam na nak buat, nak tunggu durian jatuh keriba nanti parah lak .sabo ajela.....Nak tunggu gula kat kedai sentiasa abih aje cam ne ni.Sabo lagi.Nasib baik bolih tido kalo dah penin sesangat ajak sekali anak2 tido baru aman,

Jumaat, 7 Ogos 2009

GULA DAH ABIH............

paa nie gula da abih......Geramnya...................................pi mana2 tempat pun sama je nak je pi check dia punya stor.Apa hal pulak ngan pihak kementerian kata gula mencukupi.Nak2 masa dekat puasa dan time raya mesti gula tak da le itu tak de la ini tak de la.Cam ne ni. Aku geram..........betul gula tak de. Bukan banyak pun keluargaku gunakan gula ni.Cuma 2 kg je aku bukan org yg meniaga nak guna gula banyak.Diharap pihak2 tetentu cubalah selesaikan masalah nie.....Aku bukan org politik ke atau apa2 yg bepatutan yg nak kritik sapa2 tapi...............TOLONGLAH penduduk di malaysia ni tolong check stor mana2 yang simpan gula nie.aku tak puas ati betul.Nama barang subsidi mesti ada kawalan kan nie sampai tak de barang apa ke halnya.Nanti aku nak tulis pada org yang bertanggungjawablah pasal hal ni........ AKU GERAM............................................................................................................

Rabu, 5 Ogos 2009

SALAM......

salam dihulur tanda perkenalan......