BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 7 Oktober 2010

raya ooo raya

Raya da nak abis.Aku masih lagi beraya.Terkenang zaman kecik2.Sungguh seronok zaman dulu bila beraya sampai tak ingat dunia.Sampaikan sakit perut tak hingat....Bila da besar beranak pinak aku masih suka beraya ke umah orang ,ngan umah tebukanya,menziarah kengkawan,dan macam2 lagi.
Tapi aku pelik juga ngan perkataan umah terbuka ni.Adakah umah tebuka ni tuk tetamu yg di undang sahaja atau sesapa je yg nak dtg beraya.Aku rasakan perkataan umah terbuka tu patut di ubah pada rumah undangan atau apa2 je yang patut yang sesuai ngan sewaktu dengannya .sebabnya bila diundang saja barulah kita nak pergi.Apa2 ajela.
Tapi yang penting aku seronok ngan semua tu sampaila hari terakhir beraya.Nak letak gambar alahai pc buat hal lak.Tak pe yang penting hati mesti senang....

Khamis, 26 Ogos 2010

entahla...

lama sungguh tak jejakkan kaki kat sini.sejak pc masuk sepital habis semua gambo yg ku tangkap dan save semuanya musnah.jantung pc rosak gara2 anak2 ku yg genius dan bergeliga sekali.sekarang ni bercerita jela...ingatkan nak masukkan gambo masak2 tp....sedih sungguh.ni da bulan puasa tak lama lg nak raya lak.Nak buat kuih raya ape ye...senang sesangat beli je .tp tak best lak pulak.nanti ku pikirkan.......

Ahad, 4 Julai 2010

pakhailam kopitiam

wah seronok sungguh rasanya bila pekena teh tiga lapis kata orang teh tariklah...cumanya masa dihidang tu dibuat berlapis....nikmat tak terhingga.makan kat sini bila nak meraikan sesuatu perkara je.kalu tak makan kat warung biasa je.janji sedap....
warung biasa ke kopitiam ke sama je.....servisnya...tapi makanan memang sedap walaupun lama menunggu..biasalah kalu tempat sedap memang selalunya lambat....lain kali nak dtg hari biasa la..tak lah lama menunggu...

Sabtu, 15 Mei 2010

OH KECEWA.....

sedih sungguh bila pasukan badminton negara kecundang dalam pelawanan separuh akhir piala tomas huhuhu.....Tapi bangga juga ngan pasukan negara kita bila sampai peringkat separuh akhir ni.Bukan senang nak sampai peringkat ni.Syabas buat pasukan negara kita MALAYSIA...... Pelik la apa agaknya yg dimakan oleh pemain2 negara China ya...bertenaga sungguh.Bukan nak puji atau apa tapi kalau nak tengok cara pemainan mereka sungguh pantas tak macam skuad negara kita.Kena selongkar almari diaorang ni....kena intip.Pasukan negara kita bukan tak cergas dan cekap tapi kalau dapat tenaga cam pemain china mesti pasukan kita menang punya.
Lagi satu skuad Malaysia perlukan pelapis baru.Kalau asyik nak harapkan org lama mesti mereka tertekan juga.Penat wei...bila kalah asyik nak hentam je...kesian mereka.mesti cari orang baru.
Tahniah buat skuad negara kita kerana sampai ke peringkat separuh akhir.Susah tu..nak sampai sini.anyway jaga stamina dan jaga makan mesti dapat tenaga yg memberangsangkan.....

Sabtu, 8 Mei 2010

selamat hari ibu

wah da masuk bulan 5 rupanya.kesian blog aku ni.terbiar aje......lama sungguh aku tinggal dunia blog ni.tak pe ari ni aku nak ucapkan selamat ari ibu kat mak aku dan mak metua aku dan semua mak2,ibu2,mama2, dan apa2 ajelah gelaran yang diberikan. SELAMAT ARI IBU buat semua.

Jumaat, 26 Mac 2010

makan mee udang kat kuala sepetang

cuti sekolah ari tu pi makan kat sini. sebab da pernah masuk paper nak juga rasa cam na rasa mee udang ni sedap ke idak.di bawah ni kedai makan ni

harga semangkuk mee udang ni rm11 sepingang.ada 6 ekor udang yang besor-besor belaka.kita oder yang special sebab mereka kehabisan mee udang yang biasa berharga rm8.


kuah mee udang ni saya bg markah 3/5 tp bab udang ni tak le manis sangat tawar rasanya.yang udang paling besor yg duk tengah tu manis dan sedap.


nasi ni memang sedap sungguh.tak rugi merasa cuba.pada tekak akulah.sebab da seminggu aku tak makan nasi kat taiping ni la kali pertama aku tak makan nasi dlm masa seminggu.kiranya kalu dpt nasi nikmatnya......keseluruhan makanan kat sini boleh dikatakan sedap.....markahnya3.5/5. ni pada pendapat sayala....


Rabu, 17 Mac 2010

bercuti di taiping

ikut my hubby pi outstation di taiping.menginap di hotel lagend in .sempena cuti sekolah ni apa salahnya bawak anak2 pi jalan2 di taiping.bawak pi tempat bersejarah dan tempat yang paling popular di sini adalah taman tasiknya.pokok-pokoknya besor2 belaka.dahan-dahan pokok yang amat besor melintang menyusuri di sepanjang jalan .amat mempesonakan dan menakjubkan sekali.bertuah sungguh aku dapat melihat semua ini.makanan pun mudah sekali di dapati.selain makan dihotel makan di gerai pun sedap juga.aku suka kat sini tak banyak kenderaan tak macam kat kl dah malam pun masih banyak lg kenderaan.tenang sungguh kat sini.cam buat novel lak aku ni.aku enjoy duk kat hotel ni.servis pun bagus..

Khamis, 4 Mac 2010

jeli kelapa

jeli kelapa ni buat ikut selera sendiri.ikut resepi di belakang paket serbuk jeli.main taram je.janji sedap ikut tekak aku versi kecik

versi besar.siap ada sudu lagi.
musim panas ni sekejap je da abih.sejukkan tekak yang panassssss............dan menyegarkan.......

Rabu, 24 Februari 2010

TAK SERONOK.....

tak seronoknya bila ada problem..kamera ku kad memori di masuki virus habis semua gambar tak leh upload.sedih sangat....nak buat cam na da jd nanti aku godekla kad tu.tp tak reti.....kesian aku................

Ahad, 7 Februari 2010

gelagat anak2 ku

cuti ujung minggu ari tu aku kerahkan anak2 ku belajar untuk basuh kasut sendiri.yang di bawah ni seronok sungguh nak basuh kasut.tp bila da nak hampir kasut yg ke2 da mula berubah muka.yang satu lg sungguh sedih bila nak basuh kasut(yg baju biru). ha tu da mula cari pasal.

kakak yg suka curi tulang.last sekali yg baju oren kena basuh kasut kakak.pandai ko kakak.

napala ko basuh selipar tu tak de keja lain ke.banyak kasut nak di basuh lg kak.


ni baru sebahagian saja kasut nya semua kasut dibeli kat pusat pakaian hari2.murah kalu koyak beli lg tak le nyesal.tula aku kalu jd suri ni mesti kena cari semuanya yg murah2 janji selesa bila
di pakai.kena jd akauntan sendiri tak leh boros.ada duit lebih boleh simpan nak buat gi holiday ujung tahun hehehehe.


Isnin, 1 Februari 2010

da bulan 2

hai cepat sungguh masa,pejam celik pejam celik dah bulan 2.Lama sungguh aku tak update blog aku ni.Da berkarat rasanya.Malas sungguh seluruh anggota badan dan tenaga ni nak mengupdate blog ni.Cuaca pun cam aku juga panassssss juga, tapi tak pe kekandang hujan akan turun juga walaupun untuk seketika untuk menyejukkan badan yg memang panas ni.Oklah mengantuk sungguh mata ni nak tido jap.......gemuk lah aku..........

Sabtu, 2 Januari 2010

selamat tahun baru 2010

ari ni kami baru je balik dr bercuti.sambut tahun baru kat melaka.seronok sungguh tak terkata.besok mula la aku memproses semua baju kotor.tak pe yang penting hati gembira.apa2 hal pun aku nak ucap terima kasih pd semua .ya terima kasih pada semua..............nak juga ucapkan selamat tahun baru.....